empty
 
 

Pasaran pertukaran mata wang secara tradisinya dikaitkan dengan perdagangan mata wang asing yang agak tidak menentu dan mengimplikasikan dengan membuat keuntungan yang besar. Terdapat juga beberapa instrumen dagangan yang tidak menentu tetapi masih boleh menghasilkan keuntungan yang baik. Kelebihan instrumen ini ialah membolehkan para pedagang untuk mencipta portfolio pelaburan yang cekap dan bekerja dengan pelbagai aset yang banyak. Ia merujuk kepada kontrak perdagangan untuk perbezaan (CFD) ke atas saham dalam syarikat terkemuka di dunia.

Apakah itu CFD?

CFD adalah kontrak untuk perbezaan harga yang diselesaikan antara pembeli dan penjual melalui pengantara broker. Aset dalam kontrak untuk perbezaan mungkin adalah saham, bon, emas, minyak mentah, perak, dan tembaga, serta indeks saham utama seperti Dow Jones, DAX, NASDAQ, dan S & P. Senarai itu juga termasuk mata wang global dan aset yang tidak menentu. Instrumen kewangan ini tidak menggambarkan kepada pembelian sebenar aset. Ia memberi peluang kepada pelabur privasi/persendirian untuk mendapatkan kadar pertukaran asing yang sentiasa berubah-ubah. Seorang pedagang membeli CFD pada aset yang dipilih dan menjualnya, keuntungan dengan perbezaan harga.

Kontrak tersebut mula-mula muncul di Bursa Saham London pada awal 90-an abad lalu. Selanjutnya, dagangan CFD boleh didapati secara atas talian kerana perkembangan pesat teknologi dan mencetuskan minat pelabur persendirian.

Saham CFD adalah kontrak untuk perbezaan di mana aset yang digariskan adalah saham dalam syarikat terkemuka di dunia seperti Apple, Amazon, Microsoft, Google dan lain-lain. Saham-saham tersebut adalah sebut harga di bursa-bursa utama dan pasaran sekuriti di atas kaunter.

Idea asas CFD adalah agak mudah - untuk membuat keuntungan, seorang pedagang perlu meramalkan sama ada perbezaan antara harga semasa dan harga masa depan akan positif atau negatif.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Analisis carta menunjukkan bahawa Saham Boeing adalah mungkin untuk melonjak.
Para pedagang mencari titik untuk masuk.
Mereka membuka tawaran beli.
Mereka menunggu untuk kenaikan dalam saham Boeing.
Mereka tetapkan keuntungan.
Kaedah analisis fundamental dan teknikal adalah sama-sama berkesan untuk membuat ramalan. Sejumlah besar instrumen yang boleh membantu pedagang untuk meramalkan pergerakan harga adalah tersedia. Secara keseluruhan, perdagangan CFD adalah sama dengan perdagangan di bursa saham. Perbezaannya ialah spekulator bekerja dengan banyak dan boleh meletakkan kedua-dua tawaran yang panjang dan pendek. Mereka tidak menjual instrumen tetapi harga mereka.

Dagangan CFD

Kontrak perdagangan untuk perbezaan mempunyai banyak kelebihan berbanding perdagangan di bursa saham. CFD menarik perhatian kedua-dua pedagang dan profesional. Kaedah yang terakhir menggunakan CFD sebagai alternatif kepada pasaran saham. Mari kita melihat mengapa pedagang lebih suka kepada perdagangan CFD daripada aset yang mendasari.

Keperluan yang rendah untuk deposit permulaan. Keperluan minimum untuk dagangan CFD adalah jauh lebih rendah daripada di bursa saham.
Peluang untuk menggunakan leverage. Leverage ini membolehkan para pelabur untuk berdagang jumlah yang lebih besar dengan pelaburan minimum.
Membuat keuntungan pada kejatuhan pasaran. Dalam kes ini, para pelabur boleh menjual CFD, iaitu membuka tawaran yang singkat.
Sebut harga secara nyata. Seorang pelabur boleh membuka tawaran pada harga terbaik.
Ketersediaan. Kontrak perdagangan untuk perbezaan dilakukan pada platform yang sama dengan perdagangan forex yang sangat mudah bagi pedagang.
Tiada had masa. Dagangan CFD pada saham tidak terikat kepada waktu bekerja bursa saham London atau New York.
Kemungkinan risiko lindung nilai. Meletakkan satu pesanan beli dan satu pesanan jual, para pelabur boleh memastikan keselamatan wang mereka dan perolehan keuntungan berganda.
Dagangan CFD tidak memerlukan pembayaran cukai. Para pedagang tidak perlu membayar cukai khas atau yuran lain yang biasanya dikenakan ke atas bursa saham.
Pelbagai pilihan instrumen dagangan. Dagangan CFD menyediakan akses kepada saham bagi syarikat terkemuka di dunia.
Tiada had dagangan harian. Sesetengah pasaran mengenakan sekatan modal pada had dagangan harian tetapi CFD tidak mempunyai had yang sedemikian.

Perdagangan seperti Buffett, keuntungan dari saham dagangan

Sebagai contoh, marilah kita melihat bagaimana seseorang boleh mendapatkan wang dengan perbezaan harga saham di Apple, perbadanan terbesar di dunia. Terima kasih kepada teknologi inovatif dan reka bentuk indah produknya, Apple telah memperoleh reputasi yang sempurna dan mempunyai permodalan pasaran terbesar. Sahamnya meningkat dengan mantap, sambil menambah lebih daripada 265% dari tahun 2014 sehingga 2016. Sejak awal tahun 2017, pasaran saham dalam Apple meningkat sebanyak 48%. Menjelang 5 September 2017, permodalan pasaran syarikat mencapai kepada AS$ 850 bilion berdasarkan Wikipedia.

Pelabur yang hebat Warren Buffett memperoleh lebih daripada AS$1 bilion saham dalam Apple dalam tempoh enam minggu.

Encik Buffett membuat pelaburan pertama pada suku pertama tahun 2016. Syarikatnya - Berkshire Hathaway - membeli portfolio saham berjumlah sebanyak 9.8 juta. Pada suku kedua, pelabur membeli sebanyak 5.42 juta saham pada harga dari AS$90 sehingga AS$112. Walaupun Buffet memnbuat berbilion-bilion dolar dengan melabur dalam gergasi teknologi, beliau terus membeli untuk kenaikan. Menjelang akhir tahun 2016, Berkshire mengukuhkan kira-kira 61.2 juta saham dengan harga purata AS$106-118 setiap saham. Pada suku tahun pertama 2017, Buffett menggandakan sahamnya di Apple (mereka dibeli dengan harga AS$116-122 setiap saham).

Tidak sukar untuk mengira berapa banyak yang diperoleh Buffett mengenai pelaburan ini. Sudah tentu, seseorang perlu mempunyai jumlah yang besar untuk membeli saham di sesetengah syarikat.

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang lebih mudah untuk melabur dalam stok - membeli saham CFD. Tidak perlu membeli aset; terdapat peluang spekulatif untuk meraih keuntungan daripada perbezaan sebut harga saham.

Bagaimana untuk mendapatkan tanpa membeli aset dan keperluan dagangan CFD

Sejak permulaan 2017, saham pengeluar utama telefon pintar dan tablet di dunia meroket sebanyak 48% ke USD 172.59 setiap saham. Pertama sekali, prestasi yang kukuh ini menyumbang kepada peningkatan keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah pemulihan ekonomi Amerika dan global. Dasar monetari yang lebih ringan bagi kebanyakan bank pusat meningkatkan kenaikan saham. Malah, Dow Jones melonjak mengikut 14.96% yang terkini.

Kedua, kenaikan stok Apple didorong oleh permulaan jualan iPhone. Sekiranya pelanggan kami membeli saham CFD di Apple, hanya melabur 10% daripada jumlah kos (leverage maksimum dalam perdagangan saham CFD adalah 1:10), mereka akan meningkatkan baki mereka dengan 40.3% pada bulan Oktober 2017 dengan menyediakan deposit mereka adalah $1,000.

Yang penting, pasaran saham Apple jatuh setiap tahun lebih awal daripada pembentangan iPhone baru, tetapi selepas itu mereka menyambung semula peningkatan tersebut. Walau bagaimanapun, dalam 2017 pelabur sangat kecewa dengan pembentangan iPhone X, jadi saham Apple menjunam dari tahap tinggi harian AS$ 163.54 hingga AS$ 159.51 setiap saham. Kemunculan model baru ditangguhkan sehingga 3 November, yang menyebabkan kepada reaksi negatif. Media melaporkan bahawa syarikat itu menangguhkan permulaan pengeluaran selama tempoh sebulan akibat gangguan teknikal. Untuk mengejar jadual, syarikat itu perlu mengupah kakitangan baru ke kilang di China.

Sekiranya para pedagang telah menjual CFD pada saham Apple, hanya melabur 10% daripada jumlah kos saham (pada leverage 1:10) dengan deposit USD 1,000, mereka akan memperoleh 89.7% deposit awal (AS$ 897) dengan permulaan jualan IPhone 8. Sekiranya para pedagang telah membeli saham Apple selepas permulaan jualan, hanya melabur 10% yang sama dengan jumlah kos dengan deposit sebanyak AS$ 1,000, mereka akan memperoleh 212% daripada deposit awal (USD 2,120) selepas menutup tawaran pada hari tersebut apabila iPhone X telah dipasarkan.

Carta Ekuiti Apple

Apple

Dagangan CFD pada saham: di mana untuk bermula

CFD pada saham tidak didagangkan di pasaran pertukaran, mereka hanya menggambarkan pengaturan antara pembeli dan penjual yang berdagang dengan pasaran bertentangan. Oleh itu, pedagang bekerja mengatasi komisen dan peraturan pertukaran, memandangkan CFD memudahkan untuk membuat spekulasi mengenai kenaikan atau penurunan harga, tanpa mengira arah aset pendasar. Broker adalah pihak pertengahan dalam proses ini.

Untuk berdagang kontrak untuk perbezaan dengan jayanya, seorang pedagang perlu memilih broker khusus di mana profil utamanya adalah CFD. Salah satu syarikat terbaik di kawasan ini ialah InstaForex.

Kenapa memilih InstaForex?

  • Pemilihan alat perdagangan yang besar (88 CFD pada saham AS). Pelanggan InstaForex mempunyai peluang untuk membuat kesimpulan mengenai indeks saham dunia, saham dalam syarikat AS terbesar, serta komoditi.
  • Leverage adalah sehingga 1:10. Ini memastikan keperluan margin adalah rendah - dari 1%. Bergantung kepada aset dasar (sebagai contoh, saham) keperluan margin tidak melebihi catatan sebanyak 10%, membolehkan para pedagang dengan modal permulaan kecil untuk mendapatkan akses ke pasaran yang tidak tersedia kepada mereka.
  • Tidak ada sekatan pada saiz deposit. Dagangan adalah tersedia untuk AS$ 1 pada akaun.
  • Akses kepada semua pasaran dari satu platform. InstaForex menawarkan platform paling popular di dunia MetaTrader 4 dan versi yang lebih baik - MetaTrader 5.
  • Sentiasa segar dan analisis terkini, kursus latihan, dan isyarat bahawa para pedagang baru boleh menggunakan.
  • Merupakan broker yang boleh dipercayai dan benar. InstaForex dipercayai oleh lebih daripada 7 juta pedagang di seluruh dunia dan jumlah ini meningkat setiap hari.
  • Peluang untuk menggunakan akaun yang sama untuk dagangan CFD, mata wang, dan instrumen lain.

Penting: Syarat-syarat untuk berdagang CFD bersama dengan InstaForex termasuk keperluan margin dan komisen rendah, spread tetap, serta peluang untuk memegang posisi/kedudukan untuk jangka masa yang tidak terbatas.

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget