empty
 
 

Keputusan 2019: InstaForex telah mendapat pengiktirafan status terbaik

28.01.2020 03:58 PM

Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa InstaForex telah menerima pengiktirafan status broker terbaik di Asia sekali lagi. Le Fonti Awards mengakui kejayaan syarikat kami dalam bidang perkhidmatan broker dan mengumumkan InstaForex sebagai Broker Forex Terbaik di Asia 2019. Ini bukan kali pertama kami diberi penghormatan dengan anugerah berprestij ini. Untuk tahun ketiga berturut-turut, InstaForex telah berjaya membuktikan kemampuanya dalam pasaran forex.

Senarai penuh anugerah syarikat dibentangkan di sini.

Le Fonti Awards adalah merupakan acara penyampaian anugerah tahunan yang mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang perniagaan, perbankan, dan perkhidmatan broker. Persaingan amat sengit. Organisasi yang terlibat dinilai oleh lebih dari 100 pengurus atasan dan ahli profesional berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti inovasi berkaitan industri, kestabilan, pembangunan strategik, pengalaman pelanggan, dan lain-lain.

Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan syarikat kami dalam menyediakan akses kepada pasaran pertukaran asing, menjadikan kami begitu komited untuk pembangunan yang selanjutnya dan prestasi perkhidmatan yang lebih baik. Kami akan berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan dan harapan pelanggan.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget