empty
 
 
02.06.2023 07:02 AM
Pelan dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 2 Jun. Tip mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit

This image is no longer relevant

Pada Khamis, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menembusi garis arah aliran condong menurun kedua secara berturut-turut, menunjukkan peralihan kepada arah aliran menaik. Sila ambil perhatian bahawa pound British mempunyai lebih sedikit sebab untuk meningkat berbanding euro, namun ia akhirnya meningkat dengan lebih ketara. Latar belakang makroekonomi dan fundamental untuk euro mempunyai faktornya sendiri, manakala pound British hanya mempunyai laporan PMI Pembuatan, yang mempunyai nilai neutral dan tidak boleh mencetuskan pertumbuhan yang kukuh.

Oleh itu, pound meningkat semula tanpa asas yang kukuh. Ia tidak jatuh dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memerlukan pembetulan menaik. Data AS mungkin menyokong pertumbuhan dolar, tetapi pasaran tidak memberi perhatian kepadanya. Walaupun PMI Pengilangan ISM kekal berada di bawah ambang 50 dan menurun sebanyak 0.2 mata, laporan ADP, yang merupakan analog daripada Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP), dengan ketara merekodkan bacaan melebihi nilai ramalan. Secara umum, tidak ada sebab yang kukuh untuk dolar AS merosot begitu banyak pada hari Khamis.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
This image is no longer relevant

Walau bagaimanapun, isyarat dagangan pada carta 5 minit adalah agak baik. Pasangan mata wang ini telah menunjukkan pergerakan arah aliran intraday yang baik. Isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pertama terbentuk di sekitar tahap 1.2445 dan telah disahkan sejam kemudian dengan lantunan dengan margin kecil daripada tahap yang sama. Oleh itu, pedagang baru boleh membuka pesanan membeli. Selepas itu, harga mencapai kawasan 1.2507-1.2520 dan melepasinya, di mana anda sepatutnya mengambil keuntungan. Ia berjumlah 60-70 pip. Isyarat dagangan di sekitar kawasan 1.2507-1.2520 boleh diabaikan; pedagang baru masih mencapai tahap keuntungan yang baik tanpanya.

Tip dagangan pada hari Jumaat:

Seperti yang dapat dilihat pada carta 30 Minit, pasangan mata wang GBP/USD telah menamatkan aliran menurun dan memulakan aliran menaik baharu dalam dagangan jangka pendek. Kami percaya bahawa pound belum cukup melemahh untuk membentuk aliran menaik yang kukuh, tetapi pasaran mungkin melihatnya secara berbeza. Terdapat isyarat untuk kemasukan pesanan beli yang khusus, dan data makro AS pada hari Jumaat boleh memberi tekanan kepada dolar AS. Tahap utama pada carta 5 Minit ialah 1.2171-1.2179, 1.2245, 1.2307, 1.2386, 1.2445, 1.2507-1.2520, 1.2597-1.2616, 1.2269, 1.2659, 1.2659 Apabila harga bergerak 20 pip ke arah yang betul selepas membuka dagangan, pesanan Stop loss boleh ditetapkan pada titik pulang modal. Pada Jumaat, tiada acara penting yang dijadualkan di United Kingdom. AS akan mengeluarkan laporan penting mengenai pengangguran dan pasaran buruh, yang mungkin mencetuskan reaksi pasaran yang kuat melainkan bacaannya aadalah bertepatan dengan ramalan.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Bagaimana untuk membaca carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget