empty
 
 

InstaForex Grand Dinner adalah salah satu acara tahunan berprestij dalam dunia kewangan yang dianjurkan oleh InstaForex di Kuala Lumpur, Malaysia. Kuala Lumpur merupakan pusat kewangan, ekonomi dan kebudayaan yang penting di Asia Tenggara. Kuala Lumpur adalah lokasi yang popular untuk persidangan kewangan berprofil tinggi, pameran, dan juga lokasi terbaik untuk mengumpulkan pedagang-pedagang dari pelbagai negara yang berbeza. Ini menyerlahkan lagi status tinggi bandar dan negara dalam persekitaran ekonomi antarabangsa.

InstaForex Grand Dinner ini diadakan istimewa untuk meraikan penganalisis kewangan, pakar-pakar, dan pedagang-pedagang dengan tahap pengalaman profesional yang berbeza-beza.

InstaForex Grand Dinner adalah merupakan platform yang terbaik untuk berbincang, berdialog dengan rakan niaga dan juga wakil InstaForex. Selain itu, InstaForex Grand Dinner ini juga menawarkan peluang kepada para tetamu untuk bertukar-tukar pandangan dengan pelabur profesional dan juga satu peluang keemasan untuk mengembangkan hubungan perniagaan anda.

Secara tradisinya, kesemua tetamu majlis makan malam akan disajikan dengan pelbagai program hiburan oleh penghibur terkenal tanah air dan sesi cabutan bertuah dari syarikat InstaForex.

Untuk menjadi salah seorang daripada tetamu InstaForex Grand Dinner, anda perlu melengkapkan proses pendaftaran.


Acara sebelumnya

Mulakan langkah pertama menuju matlamat anda
Buka akaun
Kembangkan kemahiran dagangan anda tanpa perlu merisikokan wang anda
Pembukaan akaun demo
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget